Thursday 30 May 2013

Penipuan dan Kepincangan Umrah bersama Arlief Juara Kembara Travel Agensi

Assalamualaikum w.b.t,

Ini adalah post pertama saya dalam melaporkan penipuan dan kepincangan pengurusan travel agensi Umrah di Malaysia sebagai langkah berhati-hati untuk kaum muslimin dan muslimat diluar sana yang berhajat untuk menunaikan ibadah Umrah yang sememangnya dituntut oleh agama.

Namun begitu agak malang ada segelintir kompeni atau Umrah travel agensi yang tidak bertanggung jawab dalam melaksanakan tugas mereka. Hanya kerana gila kan wang dan kekayaan yang sementara didunia ini mereka gelap mata dan mata hati dengan menipu dengan alasan untuk membantu orang islam beribadah. Tetapi malangnya mangsa-mangsa ini adalah mereka-mereka yang agak kurang berkemampuan dalam erti kata lain cukup2 budget, tetapi tidak bermakna tidak punya wang namun sebagai manusia biasa sudah pasti kita akan memilih sesuatu yang lebih murah.

Hal ini terjadi juga kepada diri saya dan ahli keluarga yang ingin menunaikan Umrah ke Mekah dan Ziarah ke Madinah dengan perkhidmatan Arlief Juara Kembara Travel (www.arlief.com) atau cari di facebook Arlief Event & Management tetapi malangnya sehingga hari ini iaitu 30/5/2013 (Khamis) masih lagi tertunda dari tarikh 14/5/2013 (Selasa). Ya memang benar sudah 3 kali ditunda dan ya sudah lebih 3 minggu kami menunggu. Cuti kami telah rugi selama 1 minggu siapa nak bayar.

Nak diceritakan pada tanggal 13/5/2013 (Isnin) kami sekeluarga telah pun mengambil cuti dan bersiap-siap dengan bag2 kami yang besar hendak dibawa untuk Umrah dan tiba-tiba pada pukul 1 pagi kami mendapat panggilan telefon mengatakan visa kami tidak dapat lagi sedangkan Passport kami sebelum ini telah di hantar ke Arlief Juara 3 bulan yang lepas dan sebelum itu kami diberitahu Visa kami sudah pun lulus. Bayangkan betapa sedihnya keluarga saya pada waktu itu. Hanya Allah sahaja yang tahu dan kami diberitahu hanya akan bertolak pada 16/5/2013 (Khamis) iaitu 3 hari lagi. Pada Hari Rabu malam (15/5/2013) kami diberitahu lagi visa masih tidak dapat dan hanya akan bertolak pada 18/5/2013 (Ahad).. Ya Allah hanya dia sahaja yang tahu perasaan kami yg sangat sedih, geram seperti rasa tertipu.

Puas saya telefon Pejabat dan HP orang yang bertugas namun lansung tidak diangkat sehingga la ke hari ini. Dan tiada orang pun di pejabat. Saya rasa macam ada something wrong dengan syarikat Arlief Juara ini. Saya telah menghubungi kawan-kawan saya sehingga akhirnya saya mendapat tahu rupa-rupanya syarikat ini tidak menguruskan visa nya sendiri tetapi menggunakan syarikat lain. Punya la saya terkejut dan kecewa yang teramat sangat. Apa punya manusia la sampai hati dia menganiaya sesama orang islam dan melayu.

Saya telah pun meminta membuat Refund 100% dan saya harap pihak syarikat berlaku jujur dan saya akan membuang segala kisah buruk Arlief Juara Kembara sekiranya memulangkan semua duit yang dibayar Berbelas Ribu Ringgit Malaysia kepada kami dalam tempoh 30 hari.

Dulu sewaktu menunaikan umrah yang pertama menggunakan khidmat Tabung Haji Travel tidak pernah ada masalah sebegini. Abang dan Ibu saya juga menunaikan umrah menggunakan Andalusia Travel juga tiada masalah sebegini.

Disini saya sertakan juga komplain dari tempat2 lain seperti youtube dan blog sebelum Pihak Arlief mendelete semua fakta-fakta tersebut. Kerana sebelum ini banyak komen yang telah didelete oleh Arlief namun saya tak sempat membacanya.

Saya akan berjanji akan membuang maklumat ini sekiranya kami semua mendapat Refund sebanyak 100% dan jika tidak.... blog ini akan kekal dan pada masa yang sama kami akan membuat Polis report.

1) Komplain di Youtube

Sila Klik Untuk Besarkan Gambar


 2) Komplain di blog lain

Sila Klik Untuk Besarkan Gambar