Thursday, 30 May 2013

Penipuan dan Kepincangan Umrah bersama Arlief Juara Kembara Travel Agensi

Assalamualaikum w.b.t,

Ini adalah post pertama saya dalam melaporkan penipuan dan kepincangan pengurusan travel agensi Umrah di Malaysia sebagai langkah berhati-hati untuk kaum muslimin dan muslimat diluar sana yang berhajat untuk menunaikan ibadah Umrah yang sememangnya dituntut oleh agama.

Namun begitu agak malang ada segelintir kompeni atau Umrah travel agensi yang tidak bertanggung jawab dalam melaksanakan tugas mereka. Hanya kerana gila kan wang dan kekayaan yang sementara didunia ini mereka gelap mata dan mata hati dengan menipu dengan alasan untuk membantu orang islam beribadah. Tetapi malangnya mangsa-mangsa ini adalah mereka-mereka yang agak kurang berkemampuan dalam erti kata lain cukup2 budget, tetapi tidak bermakna tidak punya wang namun sebagai manusia biasa sudah pasti kita akan memilih sesuatu yang lebih murah.

Hal ini terjadi juga kepada diri saya dan ahli keluarga yang ingin menunaikan Umrah ke Mekah dan Ziarah ke Madinah dengan perkhidmatan Arlief Juara Kembara Travel (www.arlief.com) atau cari di facebook Arlief Event & Management tetapi malangnya sehingga hari ini iaitu 30/5/2013 (Khamis) masih lagi tertunda dari tarikh 14/5/2013 (Selasa). Ya memang benar sudah 3 kali ditunda dan ya sudah lebih 3 minggu kami menunggu. Cuti kami telah rugi selama 1 minggu siapa nak bayar.

Nak diceritakan pada tanggal 13/5/2013 (Isnin) kami sekeluarga telah pun mengambil cuti dan bersiap-siap dengan bag2 kami yang besar hendak dibawa untuk Umrah dan tiba-tiba pada pukul 1 pagi kami mendapat panggilan telefon mengatakan visa kami tidak dapat lagi sedangkan Passport kami sebelum ini telah di hantar ke Arlief Juara 3 bulan yang lepas dan sebelum itu kami diberitahu Visa kami sudah pun lulus. Bayangkan betapa sedihnya keluarga saya pada waktu itu. Hanya Allah sahaja yang tahu dan kami diberitahu hanya akan bertolak pada 16/5/2013 (Khamis) iaitu 3 hari lagi. Pada Hari Rabu malam (15/5/2013) kami diberitahu lagi visa masih tidak dapat dan hanya akan bertolak pada 18/5/2013 (Ahad).. Ya Allah hanya dia sahaja yang tahu perasaan kami yg sangat sedih, geram seperti rasa tertipu.

Puas saya telefon Pejabat dan HP orang yang bertugas namun lansung tidak diangkat sehingga la ke hari ini. Dan tiada orang pun di pejabat. Saya rasa macam ada something wrong dengan syarikat Arlief Juara ini. Saya telah menghubungi kawan-kawan saya sehingga akhirnya saya mendapat tahu rupa-rupanya syarikat ini tidak menguruskan visa nya sendiri tetapi menggunakan syarikat lain. Punya la saya terkejut dan kecewa yang teramat sangat. Apa punya manusia la sampai hati dia menganiaya sesama orang islam dan melayu.

Saya telah pun meminta membuat Refund 100% dan saya harap pihak syarikat berlaku jujur dan saya akan membuang segala kisah buruk Arlief Juara Kembara sekiranya memulangkan semua duit yang dibayar Berbelas Ribu Ringgit Malaysia kepada kami dalam tempoh 30 hari.

Dulu sewaktu menunaikan umrah yang pertama menggunakan khidmat Tabung Haji Travel tidak pernah ada masalah sebegini. Abang dan Ibu saya juga menunaikan umrah menggunakan Andalusia Travel juga tiada masalah sebegini.

Disini saya sertakan juga komplain dari tempat2 lain seperti youtube dan blog sebelum Pihak Arlief mendelete semua fakta-fakta tersebut. Kerana sebelum ini banyak komen yang telah didelete oleh Arlief namun saya tak sempat membacanya.

Saya akan berjanji akan membuang maklumat ini sekiranya kami semua mendapat Refund sebanyak 100% dan jika tidak.... blog ini akan kekal dan pada masa yang sama kami akan membuat Polis report.

1) Komplain di Youtube

Sila Klik Untuk Besarkan Gambar


 2) Komplain di blog lain

Sila Klik Untuk Besarkan Gambar

40 comments:

  1. Replies
    1. belum.saya masih belum dapat lagi. mcm2 alasan yg diberi.. sila hubungi ustaz abdul aziz (LPPM) 010-235 8785

      Delete
  2. salam..
    dah dapt refund dr arlief ke belum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum. Rohaya (Hayati) ni bukan sahaja menipu menggunakan syarikat Arlief ttp menggunakan pelbagai nama syarikat lain. Arlief travel agency ini pun tidak menggunakan nama dia tapi nama anak dia. Jadi berhati2 lah sbb dgr cerita terbaru dia menggunakan syarikat org lain pula utk menipu dan kes terkini menipu menggunakan package pergi Haji. Berpuluh Ribu ringgit dia sudah tipu.Itu baru dgr 1 kes terkini. Syarikat2 lain di luar sana dinasihat juga jgn menjadi mangsa join venture dgn Rohaya (Hayati) sebelum nasi menjadi bubur.Sudah byk syarikat lain yg juga ditipunya dgn menjadi keldai utk menipu org ramai dgn hutang berjuta tak di bayar..

      Delete
  3. Saya juga salah seorang mangsa.. Dah batalkan semenjak 20hb Disember 2012 lagi.. tp masih belum dapat refund. :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila hubungi ustaz abdul aziz (LPPM) 010-235 8785 untuk buat aduan. Saya telah pun buat report polis dan tribunal. dan pada masa yg sama membuat laportan ke LPPM utk tindakan selanjutnya.

      Delete
  4. Gunakanlah Tabung Haji Travel bayar lebih sikit tapi perkhidmatan first class.

    ReplyDelete
  5. Harap mendapat semula refund.

    ReplyDelete
  6. kalau boleh kita sama-sama bersatu untuk mendapatkan balik hak kita.. bagaimana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila hubungi ustaz abdul aziz (LPPM) 010-235 8785 untuk buat aduan. Saya telah pun buat report polis dan tribunal. dan pada masa yg sama membuat laportan ke LPPM utk tindakan selanjutnya.

      Delete
  7. Saya setuju !!!cepat sebelum terlambat

    ReplyDelete
  8. Puan Norazrina yusof kami sanggup bekerjasama..dan kami mempunyau ramai jemaah yang nasib sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. diharap dapat hubungi saya di nzarina.yusof@gmail.com

      Delete
  9. Assalamualaikum w.b.t kepada semua jemaah yang tak dapat pergi dan duit tak dapat dikembalikan ya allah ya allah ya tuhanku ,minta doa dgn allah , mintalah jemaah sesungguhnya doa orang dianiaya akan makbul mintalah jemaah..mintalah allah maha kuasa doa orang dianiaya akan makbul..

    ReplyDelete
  10. As Salam..... Sila hubungi saya sekiranya hendak tahu lebih lanjut ttg arlief juara kembara...... Saya boleh di hubungi di no 012-651 9979 ( Muhammad Yazri Yahya )

    ReplyDelete
    Replies
    1. As Salam..... Sila hubungi saya sekiranya hendak tahu lebih lanjut ttg arlief juara kembara...... Saya boleh di hubungi di no 010 2111 277( Muhammad Yazri Yahya )

      Delete
  11. Salam. Saya juga menghadapi masalah yg sama iaitu utk ayah dan mak mertua... Sama spt kes di atas.... Kami akan mengambil tindakan dgn membuat laporan polis dan sekiranya wang sepenuhnya tidak dipulangkan, kami takkan teragak2 utk heret perkara ni ke mahkamah kerana sahabat saya juga merupakan seorang peguam.... Harap mangsa yg lain dapat bersama saya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila hubungi ustaz abdul aziz (LPPM) 010-235 8785 untuk buat aduan. Saya telah pun buat report polis dan tribunal. dan pada masa yg sama membuat laportan ke LPPM utk tindakan selanjutnya.

      Delete
  12. Assalam... Nampaknya byk betul aduan berhubung dgn Arlief ni... Kami patut pergi 28-Mei tapi tangguh ke 25-Jun ni... Ntah la... X tahu la nasib mcm mana. Dok telefon berkali2 haram diangkatnya. Dok mesej langsung x berjawab. Pergi ke pejabat di kota damansara memanjang tutup je pejabatnya... Tawakal dulu dan mohon doa byk2... Mungkin ni dugaan saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila hubungi ustaz abdul aziz (LPPM) 010-235 8785 untuk buat aduan. Saya telah pun buat report polis dan tribunal. dan pada masa yg sama membuat laportan ke LPPM utk tindakan selanjutnya.

      Delete
  13. salam semua

    saya merupakan salah seorang mangsa. mengikut jadual dan perjanjian kami sepatutnya berlepas 25 hb mei. tp banyak penangguhan sehingga kini masih belum nampak jalan penyelesaian. kumpulan saya adalah dari melaka..walaupun terdapat beberapa ahli yang tarik diri namun masih belum dipulangkan duit..sy sendiri pernh beberapa kali cuba call untuk mendapatkan jawapan mengapa penangguhan sebegini lambat. katanya "masalah visa". bila saya minta duit sy dipulangkan owner kata "kami dalam kerugian dan tiada wang untuk diganti". saya juga dan beberapa ahli kumpulan lain ade pergi ke pejabat dan bertentang mata dengan owner jawapan tetap menghampakan.

    untuk masa sekarang ni sy mengikuti blog mazidul (http://www.mazidulakmal.com/2013/06/mangsa-penipuan-pakej-umrah-terus.html) untuk mengetahui siapakah lagi mangsa syarikat penipu ini..saya rasa kita (mangsa) perlu bersatu untuk mendapatkan hak kita..

    Dalam fikiran sy buat masa ni sy akan buat report polis dan cube mengetengahkan perkara ini..sbb ini perbuatan menganiaya orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila hubungi ustaz abdul aziz (LPPM) 010-235 8785 untuk buat aduan. Saya telah pun buat report polis dan tribunal. dan pada masa yg sama membuat laportan ke LPPM utk tindakan selanjutnya.

      Delete
  14. Saya syorkan semua buat laporan polis......Arlief sepatutnya dengan segera pulangkan wang tersebut...Harap pihak polis mengambil tindakan segera dan menahan Pn. Hayati dari meninggalkan negara ini...

    ReplyDelete
  15. Kakak ipar dan pakcik saya antara mangsa penipuan ni..moga doa mereka yg teraniaya termakbul dgn izin Allah..amin..

    ReplyDelete
  16. hoi meLAYU

    awat hampa terAGAK2

    jadilah macam cina

    teros heret ke court

    lain kali label meNYEGAR barulah berkat

    ReplyDelete
  17. Sy juga salah seorg mangsa penipuan sykt ini. Difahamkan sykt ini telah disita oleh kem perlancongan malysia. Tak tau apa nk wat. Rasanye nk report polis je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila hubungi ustaz abdul aziz (LPPM) 010-235 8785 untuk buat aduan. Saya telah pun buat report polis dan tribunal. dan pada masa yg sama membuat laportan ke LPPM utk tindakan selanjutnya.

      Delete
  18. Saya perlu hubungi siapa utk sama2 mendapatkan hak semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila hubungi ustaz abdul aziz (LPPM) 010-235 8785 untuk buat aduan. Saya telah pun buat report polis dan tribunal. dan pada masa yg sama membuat laportan ke LPPM utk tindakan selanjutnya.

      Delete
  19. saya juga sperti anda semua..tarikh brtukar2 dn sepatutnya pergi cuti bln 5 lepas...duit akn dikembalikan lps 6 bln..betul ke...siap mntak surat kenapa tarik diri...masalahnya bukan salah saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami semua dan rakan2 yg dah pun bagi Surat tapi masih tak bayar juga.. Dia org klentong jer lebih.. Ada yg baru2 ni org sarawak dah setahun duit tak dipulangkan.. Dah bagi Surat tapi ada jer alasan diaorg..sbenarnya Rohaya (hayati) mengupah syarikat umrah pelancongan lain utk menghantar kita semua ke umrah dan Hayati tidak membayar syarikat tersebut ( Antaranya adalah Juara travel ) dan sudah tentu Juara travel tidak membenarkan. Hayati dan eddy (suami dia) memberi alasan mcm2 termasuk lah visa tak lulus dan lain2 lg. Hayati ni dah byk kes penipuan yg dilakukan dan menggunakan bermacam2 nama syarikat sebelum ini dari tahun 2002 lg..

      Delete
    2. boleh tahu bagaimana untuk mendapatkan pastpot kembali?

      Delete
    3. Saya tak tahu cara nak dptkan balik passport. Sbb byk lagi yg x dpt passport..saya rasa cinta kene call rohaya(hayati) atau suami dia bernama Eddi mintak semula passport tu. Jika tidak dpt lebih baik report pada polis.

      Delete
    4. untuk dapatkan semula passport boleh call Sarjan Gui (016-6807622) dari IPK Shah Alam. 95 keping passport berada di tangan beliau...

      Delete
  20. Maaf tajuk digunakan adalah salah Bukan Juara Travel kerana Juara Travel & Tours tidak ada kena mengena dengan Penipuan itu. Kerana yang sebenarnya ialah Arlief Juara Kembara. Juara Travel adalah Syarikat yg berlainan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Mustapha. Tajuk tu dah betul .. Arlief Juara Kembara yg buat penipuan... bukan Juara Travel & Tours yg buat penipuan..

      Delete
    2. Saya pun rasa tajuk tu dah betul ... mmg Arlief Juara Kembara yg buat penipuan ...

      Delete
  21. Assalam...mcm mane cerita umrah ni...dgr pn hayati dh ditahan...perlu ke sy buat aduan ke tribunal jgk atau hubungi ustaz abdul aziz

    ReplyDelete
  22. Salam.
    Saya nak minta bantuan, ada pernah dengar kes di mana ejen menggunakan nama Tabung Haji Travel untuk kes penipuan Haji, umrah dan ziarah yang lain?
    maksud nya mereka mengatakan yang mereka adalah ejen kepada Tabung Haji tetapi sebenar nya bukan.
    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak mustahil ada penipu yg akan menggunakan pelbagai travel agen yg mereka dapat pimjam ataupun dgn terang tanpa pimjam dgn tujuan menipu. Mereka seperti ini sanggup buat apa saja asalkan dapat menipu jemaaah.

      Delete